| Home | Location | Treatment Price | FAQ | Contact Us |  Massage & Cupping Course | Product |
 

 

 

MADU KELULUT

 

 

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :
"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bemaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)



KHASIAT MADU KELULUT


Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan boleh dirawat dengan mengunakan madu kelulut adalah:

1. Menguatkan tenaga batin
2. Anti-Penuaan
3. Jerawat
4. Kudis/Kurap/Fungus
5. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
6. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN


Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/

“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.
Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).
Sumber:
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-lebah-kelulut

“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/
/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut
Cara mengamalkan madu lebah:
Mungkin ramai antara kita yang tidak sedar bahawa cara mengamalkan madu lebah bukan sesuka hati, lebih-lebih lagi jika kita mengamalkan untuk sesuatu sebab tertentu.

Bagaimanapun, secara amnya, bolehlah saya rumuskan seperti di bawah:


1. Yang paling penting, jika anda mengamalkan pengambilan madu dengan niat dan harapan ia dapat menjadi penawar untuk sesuatu penyakit, eloklah anda belajar cara yang sepatutnya diamalkan, sama ada bancuh menjadi minuman sahaja atau perlu amalkan dengan bahan-bahan lain, dan pastikan bila waktu perlu minum/makan bancuhan madu itu, dan berapa kerap perlu minum/makan bancuhan itu.
2. Dalam pembacaan saya, Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan pengambilan madu secara membancuhnya dengan air, bukan makan madu secara terus tanpa membancuhnya. Jadi, bagi saya, ada baiknya kita ikut saja perbuatan Nabi ini, kecuali kita rajin kaji lagi, bolehlah kita kaji apa cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan madu lebah.
3. Jika anda cuma mengamalkan untuk kesihatan secara keseluruhan, (maknanya anda tiada masalah kesihatan, tetapi mengamalkan madu sebagai satu cara hidup sihat) anda cuma perlu bancuh setengah cawan/secawan air suam dengan 1 sudu besar madu. (Bagi saya, sukatan air lebih kepada tahap mana kemanisan yang kita suka.)
4. Mengikut sebuah buku tentang madu lebah (hasil tulisan seorang doktor perubatan yang menuntut di Mesir), sebaik-baiknya ambil madu sewaktu perut kosong.
5. Mengikut buku yang disebut di dalam no. 4 di atas juga, selepas ambil madu, jangan makan-minum apa-apa selama 2 jam.
6. Bagaimanapun, untuk sesetengah kes, contohnya mengurangkan kolesterol, perlu minum madu SELEPAS makan. Ini kembali pada no. 1 di atas.
7. Jika anda luka atau terkena benda panas, sapukan saja madu lebah pada tempat terkena benda panas.
8. Untuk membancuh/mengambil madu lebah ialah menggunakan sudu bukan logam/bukan besi, kerana penggunaan bahan logam/besi ini akan mengurangkan khasiat madu lebah.
9. Cara penyimpanan madu lebah ialah pada suhu bilik, bukan dalam peti ais. Memang ada yang berkata bahawa peniaga madu lebah berpesan supaya jangan simpan di dalam peti ais kerana mereka bimbang jika madu tidak asli/bercampur gula yang disimpan di dalam peti ais akan berketul selepas di simpan di dalam peti ais. Jika ini ialah kerisauan anda, boleh cuba simpan sedikit madu di dalam pembeku peti ais, kerana madu asli sepatutnya tidak beku dan tidak akan membentuk ketulan di dalam pembeku. Simpanlah madu lebah ini selama mana yang anda yakin 'air' akan beku di dalam pembeku. Saya pernah cuba untuk kira-kira 10 jam, dan hasilnya memang madu tidak beku. Jika disimpan dalam peti ais, khasiat madu akan berkurangan.
10. Jika anda baru cuba-cuba mengamalkan madu, cuba sedikit-sedikit dahulu kerana lain orang, lain kesannya. Ada yang berasa kepanasan dan berpeluh-peluh selepas mengamalkan madu. Ada yang berasa biasa sahaja. Sebaik-baik cara mengamalkan madu ialah sedikit tetapi konstant - ingatlah konsep istiqamah dalam Islam.


Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui.
Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.
Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi Propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
 

 

Disclaimer.2004 Urutkampong.com.All rights reserved.About Me

Raussein Enterprise 002469721-T